NOTA 147 : PELABURAN ADALAH PERMAINAN MINDA – 3 TIP PENTING HADAPI HARGA EMAS TURUN

Pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya yang merupakan seorang peminat emas tegar.

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya pula dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

✅ 1. Tip Pertama

Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

✅ 2. Tip Kedua : Konsisten

Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.

Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble).

✅ 3. Tip Ketiga : Mindset

Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.

Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

Beli emas dengan senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Entri asal dari: #NotaEmasSyukorHashim

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.