NOTA 146 : BELIAN EMAS BULAN FEBRUARI NAIK TIGA KALI GANDA

Sehingga Sabtu, 27 Febuari 2021 , rekod jumlah belian emas telah mencecah sekitar RM 9 juta lebih
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Ringkas je untuk malam ni.

Bulan Januari lalu, belian emas yang dibuat oleh sahabat-sahabat saya adalah sebanyak RM 3 juta lebih iaitu purata belian emas adalah sekitar RM100 ribu lebih untuk sehari. Allahurobbi.

Manakala untuk bulan Februari, belian emas yang dibuat oleh sahabat-sahabat saya telah meningkat 3 kali ganda menjadi RM 11 juta lebih iaitu purata belian emas adalah sekitar RM 400 ribu sehari. Masyaallah.

Sehingga pagi semalam (Sabtu), saya sempat merekodkan jumlah belian emas sekitar RM 9 juta lebih sebelum sistem PG ditutup bagi proses pengemaskinian sehingga pagi esok.

Kenapa belian meningkat mendadak?
✅ 1. Harga emas turun seketika ke paras terendah pada tahun ini sekitar RM247 hingga RM255 menyamai rekod belian emas April hingga Mei 2020 lalu.
✅ 2. Kesedaran masyarakat Malaysia semakin meningkat terhadap simpanan emas bermula tahun 2020 lalu.
✅ 3. Pengeluaran Duit i-Sinar dan Duit Moratorium yang banyak dan masyarakat mula mengalihkan simpanan jangka panjang kepada aset yang lebih kukuh dan terjamin seperti simpanan emas.
✅ 4. Reputasi dan jenama emas Public Gold menjadi pilihan pertama rakyat Malaysia dan memang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kompeni emas di Malaysia sejak 13 tahun beroperasi.
✅ 5. Promosi hebat yang dijalankan sepanjang Februari 2021.
✅ 6. Emas jenama Public Gold menjadi pilihan Mentor-Mentor Kewangan / Emas tersohor Malaysia seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Guru Shamsuddin Kadir, Maha Guru Syukor Hashim dan sebagainya.
✅ 7. Pasukan RTE menjadi pilihan utama oleh para pembeli dan penyimpan emas atas beberapa faktor seperti khidmat nasihat yang sangat baik, perkongsian ilmu yang tepat dan praktikal, teknik dan strategi yang mudah difahami serta nilaian belian emas yang mampu dimiliki oleh semua golongan.

Pendek kata, ramai yang telah membeli emas dengan senyuman 😬
~Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.