NOTA 23 : STRATEGI JADIKAN EMAS SEBAGAI MAS KAHWIN

sebaik-baiknya jauhilah daripada membuat pinjaman untuk berkahwin. Mulakanlah dengan menabung.
kongsi artikel ini

Sekarang dah jadi trend anak-anak muda menggunakan emas sebagai mas kahwin. Trend ini sebenarnya dah lama dipraktikkan di zaman Nabi-Nabi terdahulu termasuklah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Baru-baru ini saya didatangi melalui wasap dari anak-anak muda yang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat hinggalah 3 tahun akan datang.

Dalam wasap, mereka tulis “Abang Wazir, bantu saya. Saya nak jadikan emas sebagai mas kahwin. Abang Wazir boleh rekmenkan tak apa yang paling sesuai? Ni jumlah mas kahwin yang saya akan pakai untuk majlis perkahwinan saya nanti”. Lalu saya bertanya “bila tu?”. Mereka jawab “Insyaallah hujung tahun, Insyaallah tahun depan, Insyaallah 2 tahun lagi dan ada juga yang jawab Insyaallah 3 tahun lagi..”

Jadi apa strategi terbaik untuk memastikan hasrat ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya? Kita mulakan dengan langkah berikut;

✅ Strategi 1 : Pengantin cukup mas kahwin

Bagi pasangan pengantin yang dah cukup duit mas kahwin, bolehlah terus memilih item yang bersesuaian. Apakah item yang paling sesuai?

Antara item yang saya biasa rekmenkan adalah DINAR EMAS. Dinar Emas ni adalah emas yang berketulenan 999 dan bertaraf LBMA (ikut piawaian antarabangsa). Cerita pasal LBMA akan saya ulas dalam entri seterusnya sebentar nanti.

Ada 4 pilihan Dinar Emas yang harganya bermula dari RM600 hinggalah RM11 ribu iaitu;

1. 1/2 Dinar Emas (berat 2.125g emas 999)

2. 1 Dinar Emas (berat 4.25g emas 999)

3. 5 Dinar Emas (berat 21.25g emas 999)

4. 10 Dinar Emas (berat 42.50g emas 999)

Selain itu, koleksi emas-emas jongkong lain pun biasa juga saya rekmenkan kepada pasangan pengantin yang harganya bermula dari RM260 hinggalah RM25 ribu sepertimana berikut;

1. 1g emas 999

2. 5g emas 999

3. 10g emas 999

4. 20g emas 999

5. 50g emas 999

6. 100g emas 999

Kesemua pemilihan ini adalah bergantung kepada bajet mas kahwin pengantin masing-masing.

Cara lafaz akad nikah pun amat senang iaitu contoh “Saya terima akan nikahnya Nurshihaziah binti Jusoh dengan mas kahwin 10 Dinar Emas tunai”. Lafaz akad nikah sebegini hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kadi yang bertugas dan dipersetujui kedua-dua belah pengantin.

✅ Strategi 2 : Pengantin belum cukup mas kahwin

1. Kaedah GAP. Bagi pengantin yang belum cukup mas kahwin, biasanya saya cadangkan mereka mula menabung secara tetap serendah RM100 sebulan atau 1 gram sebulan (RM250) melalui kaedah GAP sebagaimana dalam Nota 21 yang lepas (rujuk sini : bit.ly/StrategiGAP)

2. Kaedah EPP. EPP atau Easy Payment Purchase (Patuh Syariah) adalah satu kaedah belian emas secara ansuran bulanan tunai yang disyaratkan selama 4 bulan atau pun 10 bulan (bergantung kepada jumlah belian). Untuk menggunakan kaedah ini, pasangan pengantin perlu menetapkan terus jumlah mas kahwin yang akan digunakan nanti seperti 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar dan sebagainya.

Setelah menetapkan jumlah mas kahwin, pilihan item akan dibuat dan jumlah harga akan ditentukan. Contohnya jika pengantin memilih 1 dinar emas, harganya adalah sekitar RM1000. Jadi melalui kaedah EPP, harga RM1000 akan dibahagikan kepada 4 iaitu 4 bulan. Jumlah bulanan yang wajib dibayar oleh pengantin adalah sebanyak RM250 sebulan hingga selesai. Setelah selesai, pengantin akan dapat memiliki dinar yang dihajati dan boleh berkahwin.

✅ Apakah kelebihan memilih emas sebagai mas kahwin?

1. Mas kahwin akan lebih bertahan lama kerana ia ada nilai sentimental untuk terus disimpan.

2. Dari segi nilai emas, jumlah gram emas akan terus kekal sepanjang zaman tetapi nilai di sebalik itu akan terus meningkat.

3. Ia dapat menutup jumlah mas kahwin yang mungkin boleh mendatangkan aib kepada pengantin dan keluarga.

4. Unik dan boleh dijadikan ‘starter kick’ untuk pasangan mula menyimpan dan melabur di dalam emas.

Akhir kata, nasihat saya, sebaik-baiknya jauhilah daripada membuat pinjaman untuk berkahwin. Mulakanlah dengan menabung. Insyaallah perkahwinan pun lebih barokah dan pengantin akan lebih tenang menghadapi hari-hari bahagia bersama-sama insan tersayang.

Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘alaikuma Wa jama’a bainakuma Fi khair.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Selamat Maju Jaya, Insyaallah.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.