Alhamdulillah. Gais, setiap Jumaat minggu pertama, akan keluar laporan data pekerjaan US yang dipanggil Non Farm Payroll.
Data ini akan memberitahu kita, berapa banyak pekerjaan yang dicipta pada bulan lepas di US.
Data ini kritikal sebab ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Bila ekonomi sedang pulih, maka peluang pekerjaan akan meningkat manakala jika ekonomi belum pulih maka peluang pekerjaan akan merosot.
Baik, laporan dari Jabatan Buruh US yang baru dikeluarkan tadi menunjukkan hanya 559,000 peluang pekerjaan dicipta berbanding anggaran 675,000 pekerjaan.
Dengan kata lain, bilangan pekerjaan sebenar tersasar dari jangkaan. Ini menunjukkan ekonomi US tidak berkembang seperti yang diharapkan.
Untuk pengetahuan anda, data NFP (Non Farm Payroll) adalah data ekonomi yang kritikal. Data ini mampu menggerakkan harga emas.
Sebab itu kita melihat harga emas melonjak naik pada malam ini hampir 25 USD/Oz.
Saya kongsikan Nota Emas Mahaguru Emas saya Syukor Hashim untuk bacaan umum kepada semua.
Selamat membeli dan menyimpan emas.
Beli emas dengan senyuman 😬
Wan Mohd Wazir