NOTA 168 : PUBLIC GOLD KELUARKAN EMAS 1 GRAM EDISI KHAS HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya atau pun juga dipanggil dengan nama Malayan Tiger (Panthera Tigris Jacksoni). Ia merupakan subspesis harimau belang yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Di dunia, terdapat 9 subspesis harimau belang dan 3 daripadanya telah diisytiharkan pupus
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Nampaknya Public Gold sekali lagi mendahului syarikat-syarikat emas lain di Malaysia mengeluarkan emas 1 gram edisi khas Harimau Malaya bagi memberikan sokongan kepada Pasukan Bola Sepak Harimau Malaya Malaysia (Football Association of Malaysia) dan kerja-kerja pemuliharaan Harimau Malaya yang tengah giat diusahakan sekarang.

Harimau Malaya atau pun juga dipanggil dengan nama Malayan Tiger (Panthera Tigris Jacksoni) merupakan subspesis harimau belang yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.

Di dunia, terdapat 9 subspesis harimau belang dan 3 daripadanya telah diisytiharkan pupus.

Harimau Malaya merupakan lambang rasmi yang digunakan oleh kerajaan Malaysia pada Jata Negara. Ia juga ada diadaptasikan di dalam logo-logo rasmi jabatan-jabatan kerajaan yang lain termasuklah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan Harimau Malaya sebagai gelaran pasukan termasuk menjadikannya sebagai maskot rasmi pasukan. Ia dapat dilihat dari warna dan corak pada jersi pasukan bola sepak Malaysia.

Kini, hasil cerapan yang telah dibuat, dianggarkan kurang 200 ekor Harimau Malaya sahaja yang masih hidup di Semenanjung Malaysia.

Sebagai mengabadikan tanda kenang-kenangan ini, Public Gold mengeluarkan hanya 10 ribu unit sahaja emas 1 gram edisi khas Harimau Malaya sebagaimana spesifikasi berikut;

✅ Berat : 1 gram emas

✅ Ketulenan : 999.9

✅ Lebar : 9mm

✅ Panjang : 15mm

✅ Ketebalan : 0.6mm

✅ Pengesah ketulenan : Assay Penang Office

✅ Keluaran : Public Gold Malaysia

✅ Harga jualan : RM300 hingga RM350 seunit

✅ Tempat jualan : PG Mall – https://bit.ly/3cenrSk

Jadi, rebutlah peluang keemasan ini selagi stok masih ada.

Anda mungkin salah seorang yang bertuah memilikinya. Yeah! ❤️

FEARLESS

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.