Alhamdulillah. Salam Lebaran buat semua. Hari ni hari ke-14 Syawal 1442H. Tinggal lagi 16 hari untuk kita raikan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Insyaallah.
Ok. Malam ini mari kita tengok pergerakan harga emas bermula Januari 2021 hingga Mei 2021. Harga emas 999 Public Gold mengikut bulan adalah sebagaimana berikut;
✅ 1. Januari 2021 – RM270/gram
✅ 2. Februari 2021 – RM260/gram
✅ 3. Mac 2021 – RM240/gram
✅ 4. April 2021 – RM250/gram
✅ 5. Mei 2021 – RM274/gram
Apa yang sahabat-sahabat nampak?
Nampak harga emas ada turun naik sepanjang 5 bulan di tahun 2021 kan?
Inilah hakikat pergerakan harga emas. Ada masa ia naik dan ada masa ia turun.
Kenapa ada kenaikan pada awal tahun?
Jawapannya adalah disebabkan pelantikan Presiden USA yang baharu. Dengan pelantikan tersebut, pelbagai inisiatif baharu telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh kerajaan yang menyebabkan para pelabur beralih arah dari emas kepada pelaburan yang lain.
Ia juga ada kaitan dengan penemuan vaksin baharu penawar bagi penyakit Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Seluruh dunia bergembira dengan penemuan tersebut dan menjangkakan ekonomi akan kembali pulih dan berkembang dengan baik selepas itu.
Impaknya harga emas turun dari RM270/gram kepada RM240/gram. Sampaikan ada di kalangan pembeli emas di Malaysia terutamanya di Public Gold merasa hampa dan berputus asa dengan penurunan tersebut. Tetapi tidak kurang juga ada yang bergembira dapat membeli emas pada harga yang paling murah di tahun 2021 dengan harga RM240/gram. Harga ini hampir menyamai harga emas pada bulan Februari 2020 yang lalu.
Tetapi, nampaknya situasi ini hanya berlaku sekejap sahaja. Mulai bulan April 2021, harga emas telah kembali naik secara beransur-ansur. Ia adalah disebabkan peningkatan kadar Inflasi di US dan ditambah pula dengan faktor varian baharu penyakit Covid-19 yang sedang menular kembali di seluruh dunia. Ia menjadi kebimbangan para pelabur.
Ketika ini, para pelabur nampaknya cuba untuk beralih arah dan kembali secara beransur-ansur kepada pelaburan emas. Harga emas telah kembali meningkat mulai April 2021 hingga sekarang dengan harga sekitar RM270/gram. Ia dijangkakan akan terus meningkat kepada RM280/gram dalam masa terdekat dan RM300/gram menjelang akhir tahun 2021, Insyaallah.
Jadi, untung ke tidak menjadi pembeli dan penyimpan emas yang konsisten setiap masa tanpa mengira turun naik harga emas?
Boleh bagi jawapan? 😬
Bagi pembeli dan penyimpan emas tegar, harga turun diibaratkan satu bonus untuk terus menambah simpanan gram emas yang banyak dengan harga yang murah. Manakala jika harga emas naik, ia dianggap pelaburan dan simpan yang sangat menguntungkan. Duit yang ada tetap terus membeli dan menyimpan emas.
Berapakah kadar keuntungan yang diperolehi jika beli emas pada harga RM240/gram lalu berbanding sekarang?
RM274 – RM240
————————- X 100 = kenaikan 12.4%
RM274
ataupun;
RM274 – RM240 = perbezaan RM34/gram
Bayangkan jika ada yang beli 1000 gram emas pada harga RM240. Jumlah keuntungan yang bakal diperolehi adalah;
Mac : RM240 x 1000 gram = RM240,000
Mei : RM274 x 1000 gram = RM274,000
Jadi, RM274,000 – RM240,000 = untung RM34,000 dalam masa 2 bulan
Masyaallah, Tabarokallah. Dasyatkan? 😬
Kayuh perlahan-lahan dan teruskan membeli emas dengan senyuman. Jangan berhenti bila harga dah naik!
Kongsikan dengan sahabat-sahabat lain.
Wan Mohd Wazir
www.notaemas.com – koleksi nota emas viral