NOTA 170 : KEJAYAAN DIKECAPI MELALUI MATLAMAT YANG JELAS DAN TINDAKAN YANG KONSISTEN

Jadi, jika anda ingin menjadi penyimpan emas yang berjaya, maka anda perlu mencari MATLAMAT AKHIR sebelum bermula. Matlamat akhir yang terbaik adalah matlamat akhir yang ada kena mengena dengan emosi
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Saya kongsikan satu kisah benar yang berlaku di kalangan penyimpan emas. Kisah tauladan ini saya ambil daripada pengalaman yang diceritakan oleh Mahaguru Syukor Hashim.

Ia bermulanya begini. 2 tahun lepas, sorang pelanggan saya yang cuba-cuba nak simpan emas, cuma berjaya simpan 2 gram sahaja.

Dia tak simpan emas secara konsisten. Sekarang dia baru sedar dan nak aktif balik.

Bila saya terjumpa kes macam ni, ia menyebabkan saya berfikir dengan mendalam.

Kenapa ada orang yang berjaya menyimpan dengan emas dengan konsisten dan ada orang yang simpan sekejap, lepas tu terlupa.

Apa beza mindset kedua-dua penyimpan ini?

Saya dapati, antara kekuatan yang ada pada orang yang konsisten simpan emas adalah;

✅ Mempunyai matlamat akhir yang sangat jelas

Dalam bahasa oputeh, kita panggil crystal clear goal.

Sebagai contoh, pelanggan saya yang paling konsisten menyimpan emas 1 gram sebulan adalah kak Ita, seorang guru.

Anda boleh download kisahnya kat komen pertama.

✅ Melakukan tindakan secara konsisten

Kak Ita konsisten menyimpan emas 1 gram setiap bulan TANPA GAGAL sejak tahun 2014.

Kenapa Kak Ita begitu gigih dan konsisten?

Sebabnya, matlamat kak Ita adalah untuk membuat simpanan untuk anaknya, Irfan.

Dengan matlamat yang jelas dan ada unsur-unsur emosi kat situ (sayangkan anak), kak Ita sangat konsisten menyimpan. Harga emas naik atau turun, dia sikit pun tidak mempengaruhi belian dan simpanan emas kak Ita.

Jadi, jika anda ingin menjadi penyimpan emas yang berjaya, maka anda perlu mencari MATLAMAT AKHIR sebelum bermula.

Matlamat akhir yang terbaik adalah matlamat akhir yang ada kena mengena dengan emosi.

Contohnya;

✅ nak simpan emas untuk pergi umrah

✅ Nak simpan emas untuk pergi haji

✅ Nak simpan emas untuk beli rumah

✅ Nak simpan emas untuk perkahwinan

✅ Nak simpan emas untuk pelaburan

✅ Nak simpan emas untuk dana pendidikan

✅ dan sebagainya.

Jika anda berjaya cari matlamat akhir yang jelas maka anda akan berjaya jadi penyimpan yang konsisten.

Jika anda simpan emas untuk cuba-cuba, saja nak try atau sebab trend harga emas naik, maka ia tidak akan bertahan lama.

Ia akan jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Jadilah seperti Kak Ita.

Beli dan simpan emas dengan senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.