Alhamdulillah. Malam ni saya nak kongsi satu nota ringkas.
Ramai pendatang baru tanya saya macam mana nak jadikan harga belian emas terdahulu yang tinggi kepada harga rendah mengikut harga emas sekarang.
Jawapannya, guna kaedah pemurataan harga. Caranya;
1. Langkah 1, senaraikan harga belian emas sebelum ini, contohnya RM304.
2. Langkah 2, buat belian emas yang baharu dengan harga belian sekarang/semasa iaitu RM262.
3. Langkah 3, selepas buat belian emas yang baharu, ambil harga belian emas yang terdahulu, RM304 dan campurkan dengan harga belian emas terbaharu, RM262. Jumlahnya menjadi RM566.
4. Langkah 4, bahagi jumlah harga emas di atas kepada 2 (kenapa 2? Sebab melibatkan 2 item). Jumlahnya menjadi RM283.
Harga emas yang terkini selepas menjalani proses pemurataan harga telah menurun dan lebih rendah daripada harga belian yang pertama menjadi RM283 untuk 1 gram.
Masih mahal?
Ulang belian emas yang baharu dan puratakan harga-harga belian sebelum ini dengan harga-harga belian terkini. Insyaallah, harga emas yang mahal akan menjadi murah mengikut pergerakan harga semasa.
Senang hati?
Cubalah.
Wan Mohd Wazir
Sekadar berkongsi dan mencari solusi.
Selamat mencuba š¬