NOTA 9 : PILIH EMAS UNTUK SIMPANAN ATAU PELABURAN?

Emas itu sendiri dah bersifat pelaburan. Bila kita mula menyimpan emas, maksudnya kita sudah melakukan satu pelaburan.
kongsi artikel ini

1st sekali, saya ingin mohon maaf kerana tak dapat buat posting malam tadi. Masih sibuk beraya 😬🤭 Tak boleh nak fokus. Nampaknya idea lebih banyak masuk waktu Subuh setiap hari. So saya fokus post artikel selepas subuh. Semoga perkongsian ini menjadi salah satu sedekah jariah saya dan kawan-kawan semua insyaallah, Allahumma Aameen ❤️. Kongsilah jika ia bermanfaat.

Saya mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم

Tukar mindset dulu “Beli emas, miliki aset & simpan duit!”.

Tajuk ni sebenarnya ada kaitan dengan puluhan wasap yang diajukan kepada saya. Niat asal saya hanya berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman saya selama 12 tahun dalam bidang ini. Seronok belajar benda baru. 2 pilihan tu juga menjadi dilemma dan bermain-main di benak fikiran saya satu ketika dahulu.

Ok! Kita fokus seketika!

Pilih emas untuk simpan atau pelaburan?

Tak perlu pilih. Itu jawapan saya. Emas itu sendiri dah bersifat pelaburan. Bila kita mula menyimpan emas, maksudnya kita sudah melakukan satu pelaburan. Jelas?

Soalan : “Cuba Wazir senaraikan emas-emas yang boleh dikatakan senang untuk dapat keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Saya sebenarnya berminat untuk mula membeli dan menyimpan dan dalam masa yang sama saya boleh jadikan ia satu bentuk pelaburan tetap”.

Jawapan : Saya senaraikan sebagaimana berikut;

KATEGORI 1

1. 1000 gram – spread 6%
2. 250 gram – spread 6%
3. 100 gram – spread 7%

Manakala untuk penyimpan dan pelabur pertengahan, bolehlah fokus untuk membeli item-item berikut;

KATEGORI 2

1. 50 gram – spread 7.5%
2. 10 dinar (42.50 gram) – spread 7.5%
3. 20 gram – spread 8%
4. 5 dinar (21.25 gram) – spread 8%

Soalan : “Ala Wazir, ada tak emas yang sesuai dengan saya yang dikategorikan sebagai ‘beginner’? Saya nak baru nak start ni, help me..”.

Jawapan : Ada, saya senaraikan sebagaimana berikut;

KATEGORI 3

1. 0.5 gram – spread 9%
2. 1 gram – spread 9%
3. 1/2 dinar (2.125 gram) – spread 9%
4. 1 dinar (4.25 gram) – spread 9%
5. 5 gram – spread 9%
6. 10 gram – spread 9%

Bagi ‘beginner’, apa yang perlu difokuskan adalah BELI, SIMPAN & LUPAKAN. Saya ulang BELI, SIMPAN & LUPAKAN. Saya ulang sekali lagi BELI, SIMPAN & LUPAKAN. Kenapa? Fokuskan kepada memperbanyakkan tabungan dahulu sehingga boleh masuk kepada kategori 2 dan seterusnya kategori 1 di atas. Jangan duk gatal tengok harga emas sokmo. Nanti meroyan! 😬😝. Kita go slow & steady. Kata nak menabung! 😆

Soalan : “KATEGORI 3 tu boleh beli dan kumpul-kumpul emas ke Wazir? Spread tu boleh bertukar-tukar tak?”
Jawapan : Boleh! Jika beli emas secara akaun emas Syariah Gold Accumulation Program (GAP), kita boleh kumpul belian emas secara ansur-ansur dan dalam masa yang sama kadar spread emas yang disimpan juga boleh bertukar-tukar hingga ke spread yang paling kecil 6%.

Soalan : “Wazir, ada yang lagi kecik tak? Maklumlah, saya ni..kewangan cukup-cukup makan je, tanggungan pulak banyak, anak pun ramai, tapi ingat nak beli sokmo dan nak sediakan tabungan sendiri untuk mereka semua setiap bulan, ada tak?”
Jawapan : Ada. Yang ni kita boleh masukkan dalam KATEGORI 4 iaitu beli emas sebanyak RM100 sebulan. Insyaallah akan dapat emas sebanyak 0.3XX gram atas belian tersebut dan jumlah gram ini tergantung mengikut harga emas semasa. Boleh buat arahan bayaran terus setiap bulan dari akaun bank kita ke akaun emas Public Gold.

Mudahkan?So? Pilih lah!

Harga emas boleh rujuk di www.publicgold.com.my (dikemaskini 20 minit sekali, 72 kali sehari) dan sementara tu boleh daftar dulu secara percuma di bit.ly/TolongDaftarPercuma.

BELI EMAS DAPAT EMAS FIZIKAL.

Macam mana nak mula? Kita masuk ke entri NO. 10 – BAGAIMANA NAK BELI DAN DAPATKAN EMAS?Macam mana pulak dengan maklumat spread?

Kita masuk ke entri NO. 11 – SPREAD? APA TU? PENTING SANGAT KE?

Tunggu ye! ❤️🌷Terima kasih.

Yang suka menulis lepas Subuh,Wan Mohd Wazir

Boleh ikuti blog baharu WanMohdWazir.com untuk informasi khas emas.

Buat masa ini hanya ada landing page sebelum dilancarkan secara rasmi Jun 2020 nanti.

Nak daftar dulu?
1. bit.ly/TolongDaftarPercuma atau
2. bit.ly/TolongDaftarPercuma atau
3. bit.ly/TolongDaftarPercuma

Nanti tuan/puan akan dapat emel notifikasi dalam emel yang telah didaftarkan. Gunakan maklumat yang ada dalam emel tersebut dan masuk ke url www.publicgold.com.my. Lepas tu boleh masuk menu ORDER > PURCHASE ORDER. Kemudian pilihlah item yang berkenan di hati.

Cubalah.

Kalau perlu khidmat nasihat saya, wasap je ke www.wasap.my/+60199362935/WazirTolongSayaBolehTak?

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.