NOTA 24 : UNTUNG BELI EMAS COP LBMA ATAU EMAS BIASA?

kongsi artikel ini

Fuhhh. Soalan ni pun banyak kali nak kena jawab. Untuk mudahkan urusan, saya huraikan serba sedikit maklumat berkaitan dengan emas cop LBMA dan emas cop biasa (bukan LBMA).

✅ Apa itu LBMA?

1. LBMA adalah singkatan daripada London Bullion Market Association.

2. LBMA adalah organisasi profesional yang menyelia harga pasaran, tahap ketulenan, kualiti spesifikasi dan piawaian lain yang berkaitan emas dan perak.

3. LBMA ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Bank of England dengan keahlian 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor seperti pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.

4. Salah satu syarikat yang diakreditasikan oleh LBMA adalah Nadir Metal Rafineri, NMR, iaitu sebuah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar di Turki milik Billionair Muslim Turki bernama Nadir Tutuncu.

5. Public Gold Malaysia telah mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Nadir Metal Rafineri pada tahun 2015 untuk membekalkan ke semua emas LBMA PG sebagaimana di pasaran hari ini. Rujuk berita di sini (bit.ly/LBMA-PG-Nadir).

Sekarang kita tengok emas mana yang menguntungkan, Ayuh!

✅ 10 keuntungan memiliki emas LBMA.

1. Harga beli dan harga jual semula yang sangat berpatutan serta dikecualikan daripada bayaran GST (jika ada).

2. Mudah diperolehi di Public Gold dan mudah dijual semula kepada Public Gold.

3. Keluaran Turki dan mempunyai ketulenan 999.9 (24 karat).

4. Mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa.

5. Tidak mudah rosak.

6. Mempunyai penilai ketulenan (assayer) emas antarabangsa.

7. Mudah diperlakukan di seluruh Malaysia dan antarabangsa.

8. Masih diterima untuk jualan balik walaupun tercalar, kemek, terpotong, serpih dan sebagainya mengikut harga terkini.

9. Packaging yang sangat cantik dan rapi.

10. Diterima pajakan ArRahnu Pos Malaysia tanpa buka seal/sarung.

✅ 10 keuntungan memiliki emas bukan LBMA

1. Harga beli dan harga jual semula yang sangat berpatutan.

2. Mudah diperolehi di Public Gold dan mudah dijual semula kepada Public Gold.

3. Keluaran Public Gold dan mempunyai ketulenan 999.9 (24 karat).

4. Mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa.

5. Tidak mudah rosak.

6. Mempunyai penilai ketulenan (assayer) emas tempatan.

7. Sah diperlakukan di seluruh Malaysia dengan mudah. Di peringkat antarabangsa perlu lalui sedikit pengujian teknikal disebabkan tiada cop LBMA dan ia bergantung kepada kedai. Ada yang terima terus dan ada yang diminta untuk buat ujian terlebih dahulu tetapi masih diterima sebaiknya.

8. Masih diterima untuk jualan balik walaupun tercalar, kemek, terpotong, serpih dan sebagainya mengikut harga terkini.

9. Packaging yang sangat cantik dan rapi.

10. Diterima pajakan hampir ke semua ArRahnu termasuk ArRahnu Pos Malaysia.

✳️ Apakah strategi terbaik untuk membuat pilihan?

1. Jika Malaysia kembalikan GST, pilih emas LBMA untuk dikecualikan bayaran GST semasa membuat belian.

2. Jika Malaysia kekal dalam keadaan sekarang, emas LBMA dan bukan LBMA sama-sama sesuai untuk dimiliki.

3. Perbezaan kedua-dua emas ini hanya pada cop LBMA, packaging dan rupa bentuk sahaja. Harga beli dan jual masih sama, kadar spread masih sama, ketulenan masih sama dan kadar kenaikan harga emas juga masih sama.

4. Untuk proses pajakan ArRahnu, kedua-duanya masih diterima dengan baik, walaupun ada ArRahnu yang mewajibkan bukak seal dan sebagainya bagi emas jenis LBMA. Itu hanya isu teknikal yang sangat terpencil.

5. Tiada perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya.

6. Kesimpulannya, kedua-duanya adalah sangat baik dan sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan, Insyaallah.

So dah nampak mana satu jenis emas yang menguntungkan? Apa? Hampir sama? Haaaa tahu pun 😬🤭

Semoga tulisan kali mampu melenyapkan kekaburan yang berlegar-legar di fikiran sebelum ini. Saya sentiasa mendoakan kalian diberikan kejayaan, Insyaallah.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.