Alhamdulillah. Selamat Pagi untuk semua. Semoga Allah anugerahkan yang baik-baik sahaja untuk kita sekeluarga, Insyaallah.
Ok pagi ni kita akan belajar secara ringkas strategi simpanan emas yang boleh dijadikan pelaburan jangka pendek. Saya ulang, pelaburan jangka pendek.
Sepertimana yang kita tahu, emas adalah satu pelaburan yang terbaik untuk jangka panjang. Contoh realiti yang saya boleh kongsi adalah sepertimana berikut;
✅ Belian emas tahun 2009
1. Tarikh : 30/10/2009
2. Harga semasa 1 gram = RM122/gram
3. Kuantiti = 700 gram
4. Jumlah belian = RM85,400.00
✅ Nilaian simpanan emas tahun 2020
1. Tarikh : 30/10/2020
2. Harga semasa 1 gram = RM259/gram
3. Kuantiti = 700 gram
4. Jumlah nilaian = RM181,300.00
✅ Kenaikan 112% selama 11 tahun simpanan.
Jumlah gram emas masih sama, 700 gram tetapi nilai RM emas semakin tinggi. Nampak kan? 😬
Ok, kita berbalik kepada strategi belian dan simpanan jangka pendek.
Apa strateginya? Tidak lain dan tidak bukan adalah jenis belian jongkong. Jenis belian jongkong emas akan menentukan kadar spread.
Apa itu spread? Cakap-cakap biasa, spread itu adalah kadar susut nilai. Tetapi takrifan kadar susut nilai ini adalah kurang tepat. Emas tiada susut nilai melainkan kita tiada ilmu, salah buat, salah teknik dan salah strategi. Spread yang sebenar hanyalah jadual yang menunjukkan perbezaan harga belian dengan harga jualan balik emas.
Berikut adalah soalan yang biasa ditanya mengenai spread;
1. Kenapa wujudnya spread?
2. Macam mana nak tahu kadar spread?
3. Bagaimana spread mempengaruhi keuntungan?
4. Apa kaedah untuk jana keuntungan?
Insyaallah saya akan ulas dalam posting selanjutnya selepas ini.
Good luck! ❤️
Wan Mohd Wazir
JFMD3S PG000436
wanmohdwazir.com