NOTA 76 : STRATEGI PELABURAN EMAS JANGKA PENDEK – SIRI 2

Jika tidak mampu beli dalam jumlah yang besar, mulakan belian kecil-kecilan dan kumpul emas tersebut tanpa kira harga dan masa
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Jumpa lagi kali ini di sebelah petang. Semoga Allah anugerahkan yang baik-baik untuk kita semua.

Bismillah. Ok petang ni kita akan sambung belajar secara ringkas strategi simpanan emas yang boleh dijadikan pelaburan jangka pendek.

✅ Ada yang tanya, pelaburan jangka pendek tu macam mana?

Kalau ikut kepada pengalaman saya, tempoh terpendek yang pernah saya lalui adalah 20 minit. Saya buat belian emas, bayar, tunggu dan jual semula. Selain itu, pernah juga dapat untung dalam sejam, sehari, seminggu, sebulan dan yang paling besar adalah 8 bulan dengan keuntungan ketika itu sebanyak RM36,620.00 pada tahun 2011 lalu. Maklumat lanjut, rujuk post saya di bawah.

✅ Apa asasnya untuk dapatkan keuntungan tersebut?

1. Buat belian emas yang mempunyai spread yang terendah. Emas yang macam mana? Saya akan ulas nanti.

2. Jika tidak mampu beli dalam jumlah yang besar, mulakan belian kecil-kecilan dan kumpul emas tersebut tanpa kira harga dan masa. Ada je duit lebih, duit tak pakai, convert terus kepada emas dan simpan. Tapi simpanan yang berbentuk yang macam mana? Yg ni juga akan saya ulas nanti.

Pokok pangkalnya adalah bermula dengan simpanan. Konsep BELI-SIMPAN-JUAL telah diuji dan ia sangat berkesan 😬

Tak perlu kaedah pelik-pelik pun 😝

Mulakan simpanan dan cuba capai 100g yang pertama. Jika dah berjaya, kita bergerak ke langkah seterusnya. Saya ajar!

Good luck! ❤️

Wan Mohd Wazir

JFMD3S PG000436

wanmohdwazir.com

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.