NOTA 31 : TABUNGAN EMAS BANTU MASA DEPAN ANAK LEBIH TERJAMIN

sekarang tabungan emas Uwais sudah meningkat daripada 13 gram (tabungan pertama) ke 60 gram jumlah keseluruhan masa ini (harga ketika ni RM260/gram) hasil tabungan setiap bulan selama 3 tahun termasuk duit-duit raya yang diperolehi setiap tahun
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Semalam saya duk belek-belek balik tulisan-tulisan lama saya kat FB. Saya terjumpa balik gambar saya bersama anak ke-3 saya Wan Uwais Al-Qarni Wan Mohd Wazir yang ketika itu (2017) berumur baru 3 bulan.

Ketika itu, Public Gold sedang mengadakan promosi untuk mencari pemilik nombor paling bertuah yang ke 99999 dan 100000. Hadiahnya adalah 1 gram emas 999 LBMA (harga ketika tu RM180/gram). Promosi tersebut berjalan bermula bulan Ramadan dan berakhir pada akhir Syawal kalau tak silap saya.

Alhamdulillah, sepanjang kelahiran Uwais pada hari pertama 20 Februari 2017 sehingga hari raya pada tahun tu, Uwais telah menjaya menerima duit hadiah daripada uncle dan auntie sekitar RM2300.

Lepas je sambutan raya, saya pun ambil kesempatan dengan promosi yang sedang berjalan dengan menukar duit hadiah tersebut kepada emas. Maka dapatlah 13 gram waktu tu. Saya pun bukaklah akaun emas atas nama Uwais.

Alhamdulillah, lepas buat pembelian dan pendaftaran akaun emas Uwais, saya telah dihubungi oleh Public Gold yang nama Uwais telah berjaya menjadi salah seorang pemenang daripada 2 nombor bertuah yang sedang berjalan ketika itu dan dijemput ke Public Gold Terengganu untuk menerima hadiah.

Setibanya di sana, saya terkejut apabila Public Gold mengumumkan bahawa pemenang nombor bertuah 99999 adalah milik Uwais dan telah dihadiahkan 1 gram emas 999 LBMA. Alhamdulillah. Ia satu kenangan yang sangat manis lebih-lebih lagi buat anak yang baru berumur 3 bulan waktu tu. Jadi bermula daripada hari itu, pemilik nombor bertuah PG 99999 adalah milik Wan Uwais Al-Qarni.

Alhamdulilah, sekarang tabungan emas Uwais sudah meningkat daripada 13 gram (tabungan pertama) ke 60 gram jumlah keseluruhan masa ini (harga ketika ni RM260/gram) hasil tabungan setiap bulan selama 3 tahun termasuk duit-duit raya yang diperolehi setiap tahun.

Saya amat berterima kasih kepada Public Gold kerana membuka peluang yang sangat baik ini kepada anak-anak saya. Sekarang, ketiga-tiga anak saya sudah memiliki akaun emas masing-masing dengan Public Gold atas nama masing-masing.

Insyaallah tabungan emas ini akan diteruskan sehingga anak-anak ini meningkat dewasa dan diharapkan ia boleh digunakan dengan benda-benda yang bermanfaat satu ketika nanti.

Kepada ibu-bapa yang berminat, Insyaallah saya akan kongsikan kaedah bagaimana nak buka akaun emas untuk anak-anak dalam posting saya yang seterusnya, Insyaallah. Tunggu ye!

Itu je cerita petang ni, nak beraya kejap 😬🤭🤓

Kongsikanlah cerita ni jika ia boleh membantu sahabat-sahabat kita yang lain untuk turut serta menabung dengan tabungan emas Public Gold.

Selamat Maju Jaya.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.