NOTA 86 : MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA-BEZA? – SIRI 3

faktor-faktor lain yang menyebabkan harga emas di Public Gold, PG Mall, kedai emas biasa, Habib Jewel, Poh Kong dan lain-lain berbeza-beza
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Pagi kepada semua. Kita jumpa lagi utk penerangan siri ke-3.

βœ… Persoalan kenapa ia berlaku sudah dijawab dalam Siri 1

βœ… Persoalan apakah kos-kos yang mempengaruhinya juga telah dijawab dalam Siri 2

Untuk Siri 3, kita teliti faktor-faktor lain yang menyebabkan harga emas di Public Gold, PG Mall, kedai emas biasa, Habib Jewel, Poh Kong dan lain-lain berbeza-beza, iaitu;

πŸ”΄ 1. Stok lama – faktor ini menyumbang peratusan yang besar kepada penentuan harga emas. Penjual emas boleh menyelaraskan harga jualan berdasarkan simpanan stok sedia ada. Harga boleh dinaikkan atau pun diturunkan tanpa perlu rujuk harga jualan semasa emas dunia.

πŸ”΄ 2. Pengeluaran sendiri – faktor ini juga menyumbang peratusan yang besar kepada penentuan harga emas. Penjual emas yang mempunyai kepakaran sendiri boleh memanipulasikan harga jualan lebih rendah daripada penjual emas yang mendapatkan stok emas daripada pihak ke-3.

πŸ”΄ 3. Belian pukal – kaedah ini juga boleh mempengaruhi harga emas. Kaedah ini memerlukan modal yang sangat besar bagi mendapatkan harga belian emas yang lebih murah.

Perbezaan harga ini sebenarnya tidaklah memberi impak sangat bagi mereka yang menanamkan hasrat untuk menyimpan emas dalam jangka masa panjang sebagai pelaburan.

Jika sudah mempunyai modal/wang yang mencukupi, bolehlah terus membeli emas untuk simpanan tanpa penghitungan sebarang harga. Bak kata pakar β€œorang yang mempunyai emas, sudah tentu mempunyai duit..”.

Itu sahaja perkongsian kali ini.

Terima kasih kerana baca dan berkongsi. Selamat Maju Jaya.

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.