NOTA 84 : MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA-BEZA? – SIRI 1

harga emas fizikal tidak mempunyai harga jualan siling. Tiada penetapan harga jualan maksimum yang ditentukan. Tetapi ia mempunyai harga minimum atau harga lantai
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Selamat Pagi kepada semua. Kita jumpa lagi. Kali ni saya akan menulis sedikit informasi berkaitan dengan kriteria penentuan harga emas.

Biasanya, kita selalu lihat harga emas berbeza-beza antara satu sama lain. Harga emas Public Gold lain, harga emas kedai emas biasa lain, harga emas Habib lain, harga emas Poh Kong lain dan sebagainya. Kenapa ia berlaku? Apakah faktor-faktornya? Apakah kos-kos yang terlibat?

Sebenarnya, harga emas fizikal tidak mempunyai harga jualan siling. Tiada penetapan harga jualan maksimum yang ditentukan. Tetapi ia mempunyai harga minimum atau harga lantai. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun indeks harga yang berubah-ubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot adalah www.kitco.com. Harga ini hanyalah angka / indeks yang didagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Tetapi harga lantai ini juga masih tidak menjamin untuk dipatuhi. Tiada kawalan oleh mana-mana pihak / agensi yang terlibat. Kenapa? Apakah puncanya?

Insyaallah dalam posting seterusnya, saya akan ulas dengan lebih lanjut mengenainya dan faktor-faktor yang biasanya mempengaruhi dalam penentuan harga emas.

Sehingga kita jumpa lagi petang atau malam ini, Insyaallah. Terima kasih kerana baca dan berkongsi. Selamat Maju Jaya.

Wan Mohd Wazir

JFMD3S PG000436

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.