NOTA 79 : PUBLIC GOLD PLATFORM JUAL BELI EMAS FIZIKAL PALING DIPERCAYAI DI MALAYSIA

laman web public gold mudah, memaparkan harga telus dan dipercayai
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Jumpa lagi kita malam ni. Nampaknya saya terpaksa tarik handbrake sekejap disebabkan ramai pembeli baru bertanyakan perkara asas berkaitan laman web Public Gold.

Ok, saya bantu kalian, jangan risau.

Saya dah tandakan nombor-nombor bagi memudahkan rujukan sahabat-sahabat semua.

Kita mula;

✅ Mulakan dengan mendaftar secara percuma di sini : WanMohdWazir.com/daftarpercuma. Akaun yang didaftarkan akan diberikan ID dan Kata Laluan secara otomatik serta boleh digunakan terus untuk membuat belian emas, perak dan sebagainya.

✅ Layari web PG – www.publicgold.com.my

✅ Jika nak buat pembelian, boleh rujuk harga PG SELL. Manakala jika nak buat jualan balik emas, boleh rujuk harga PG BUY. Jualan emas dan perak yang ditawarkan adalah berbentuk akaun emas (GAP) & perak (SAP) patuh Syariah, jongkong emas dan perak, dinar emas dan dirham perak serta aksesori khas yang lain. Pembelian boleh dilakukan secara tunai atau bayaran ansuran bulanan sehingga 10 bulan yang patuh Syariah. Pembayaran pula boleh dilakukan secara online (FPX) / bank-in (manual) di dalam sistem yang telah dibekalkan.

✅ No. 1 – menunjukkan menu-menu utama dalam laman web PG yang terdiri daripada Home (laman utama), About Us (tentang PG), Product (maklumat produk yang dijual), Order (untuk belian dan jualan balik emas / perak / dinar / dirham), Event (maklumat promosi PG), Where To Buy (maklumat temujanji dan maklumat outlet PG seluruh Malaysia) dan yang terakhir Login (menu khas untuk ahli / dealer PG yang berdaftar).

✅ No. 2 – menunjukkan tarikh dan masa harga emas / perak yang telah dikemaskini 24 jam sehari secara otomatik sepanjang tahun tanpa henti. Sepanjang 24 jam sehari tu, harga emas dan perak PG akan dikemaskini sebanyak 72 kali dengan purata 20 minit setiap jam tanpa henti.

✅ No. 3 – menunjukkan harga akaun emas PG  iaitu Gold Accumulation Program (GAP). Harga GAP ini dikemaskini sekali sehari iaitu setiap jam 12.00 tengah malam tanpa henti. Belian emas GAP boleh dilakukan dengan menekan butang GAP di bawah harga tersebut atau pada menu MY GAP di atas (No. 1). Walaupun dalam bentuk akaun emas, ia disokong 100% emas fizikal. Ia mempunyai sijil patuh syariah.

✅ No. 4 – menunjukkan harga belian terus emas fizikal PG jenis LBMA. Emas LBMA (London Bullion Market Association) adalah emas keluaran PG yang dihasilkan bersama pengeluar emas terkenal Turki iaitu Nadir Metal Rafineri. Emas keluaran ini adalah bebas dari GST. Ada pelbagai kategori yang disediakan bermula dengan 10g hinggalah 1000g dalam bentuk jongkong emas. Manakala 1 dinar hingga 10 dinar pula adalah dalam bentuk syiling emas. Semua emas yang dijual adalah emas 999.9 atau lebih dikenali dengan nama emas 10 / emas tulen / emas 24 karat.

✅ No. 5 – menunjukkan harga belian emas yang bersaiz kecil secara CASH & CARRY di outlet PG. Harga jualan adalah tetap dan tidak berubah mengikut harga semasa harian. Ada pelbagai kategori yang disediakan bermula dengan 0.5g, 1g, 1/2 dinar dan 5 gram. Semua emas yang dijual adalah emas 999.9.

✅ No. 6 – menunjukkan harga belian terus emas fizikal PG jenis Classic / BungaMas / Tai Fook. Ada pelbagai kategori yang disediakan bermula dengan 10g hinggalah 100g dalam bentuk jongkong emas. Semua emas yang dijual adalah emas 999.9 atau lebih dikenali dengan nama emas 10 / emas tulen / emas 24 karat.

✅ No. 7 – menunjukkan harga jualan balik emas jenis Flexibar 50g PG. Ia merupakan keluaran PG yang terdahulu.

✅ No. 8 – menunjukkan harga jualan balik syiling emas dinar 916 / emas 22 karat keluaran PG yang terdahulu.

✅ No. 9 – menunjukkan harga jualan balik semua jenis barang kemas 916 / emas 22 karat. Harga yang dipaparkan adalah harga semasa. Selain emas 916, PG juga menerima jualan balik semua jenis / ketulenan emas.

✅ No. 10 – menunjukkan harga akaun perak PG iaitu Silver Accumulation Program (SAP). Harga SAP dikemaskini sekali sehari iaitu setiap jam 12.00 tengah malam tanpa henti. Belian perak SAP boleh dilakukan dengan menekan butang SAP di bawah harga tersebut atau pada menu MY GAP di atas (No. 1). Walaupun dalam bentuk akaun perak, ia disokong 100% perak fizikal. Ia mempunyai sijil patuh syariah.

✅ No. 11 – menunjukkan harga belian terus perak fizikal PG. Ada pelbagai kategori yang disediakan bermula dengan 100g hinggalah 5kg dalam bentuk jongkong perak.

✅ No. 12 – menunjukkan harga jualan semasa bagi syiling perak Dirham 999.

✅ No. 13 – menunjukkan graf pergerakan harga emas dunia. Jika ditekan pada graf tersebut, akan dipaparkan graf besar yang menunjukkan pergerakan harga untuk hari ini, kelmarin dan kelmarin dulu. Graf ini terus dihubungkan ke web www.kitco.com

✅ No. 14 – menunjukkan graf pergerakan harga perak dunia. Jika ditekan pada graf tersebut, akan dipaparkan graf besar yang menunjukkan pergerakan harga untuk hari ini, kelmarin dan kelmarin dulu. Graf ini terus dihubungkan ke web www.kitco.com

Selamat mencuba. Good luck!

Wan Mohd Wazir JFMD3S PG000436

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.