NOTA 160 : PUBLIC GOLD MASUK USIA TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH

Bulan Mei adalah bulan yang sangat istimewa buat Public Gold. Ia adalah bulan kelahiran Public Gold iaitu pada 23 Mei 2008 yang lalu. Waktu tu Public Gold menggunakan nama syarikat Public Fine Gold dan telah diasaskan di Pulau Pinang. Sekarang, usia Public Gold sudah menjangkau 13 tahun pada tahun ini. Kalau kita nak bandingkan dengan sesuatu dalam kehidupan kita, kita boleh kaitkan dengan persekolahan kita.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Salam Ramadan yang ke 26 pada hari ini. Sedih nak sebut ada baki 4 hari lagi untuk kita bersama-sama Ramadan Kareem. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama panjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga jodoh kita bersama Ramadan Kareem 1443H akan terus berpanjangan, Insyaallah, Aameen.

Bulan Mei adalah bulan yang sangat istimewa buat Public Gold. Ia adalah bulan kelahiran Public Gold iaitu pada 23 Mei 2008 yang lalu. Waktu tu Public Gold menggunakan nama syarikat Public Fine Gold dan telah diasaskan di Pulau Pinang.

Manakala, Pejabat Korporat Public Gold yang tersergam indah di kawasan Perindustrian Bayan Lepas telah dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 15 Mac 2012 yang lalu.

Sekarang, usia Public Gold sudah menjangkau 13 tahun pada tahun ini. Kalau kita nak bandingkan dengan sesuatu dalam kehidupan kita, kita boleh kaitkan dengan persekolahan kita.

13 tahun, baru masuk tingkatan 1.

Cuba bayangkan diri kita, adik-adik kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita yang usianya baru 13 tahun macam mana?

✅ kalau tidur, masih kena kejutkan

✅ kalau solat, masih kena ingatkan

✅ kalau pergi bermain, masih kena ajak balik

✅ kalau mandi, masih mandi-mandi ayam

✅ kalau suruh masak, eemm jauh sekali 😬

✅ kalau suruh berkemas, teratur lah sekejap

✅ kalau pakai baju, tak adalah bergaya mana

✅ kalau naik basikal, emm tak nak nya lagi

✅ kalau makan, main sebat je janji kenyang

✅ kalau kalau kalau yang lain

Apa pengajaran yang dapat kita ambil?

✅ masih banyak tambah baik perlu dilaksana

✅ masih banyak kelemahan perlu ditangani

✅ masih banyak idea bernas perlu diutarakan

✅ masih banyak kesabaran perlu ditanam

✅ masih banyak perubahan perlu ditingkatkan

✅ masih banyak masih banyak masih banyak

Alhamdulillah, saya antara 200 dealer terawal Public Gold. Kalau nombor dealer Mahaguru saya Syukor Hashim bermula dengan nombor A001, maka saya adalah pemegang nombor dealer A171. Kami sama-sama telah berjaya melalui fasa 13 tahun dengan setia dan aktif bersama Public Gold. Terima kasih Dato’ Wira Louis Ng, Founder Public Gold atas usaha yang sangat baik ini.

Sepanjang 13 tahun bersama Public Gold, saya dan kawan-kawan lain berpeluang melihat perkembangan Public Gold sepertimana berikut;

✅ perkembangan dari 1 outlet PG kepada 17 outlet baharu di seluruh Malaysia.

✅ perkembangan dari satu kompeni tunggal iaitu Public Fine Gold kepada pertambahan 9 anak syarikat seperti PG Mall, PG Mint, PG Marketing, PG Jewel, E-Wallet, Public Safe, PG Gold Museum, PG Foundation dan KDE (Ar-Rahnu).

✅ Perkembangan perniagaan yang hanya beroperasi di dalam negara hinggalah ke negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Vietnam.

✅ Perkembangan pencapaian dalam pelbagai anugerah dalam negara (https://bit.ly/3xZ3zvM) dan luar negara (https://bit.ly/3erfytZ).

✅ Perkembangan jalinan usahasama dengan pelbagai syarikat gergasi Malaysia dan luar negara seperti Pos Malaysia (https://bit.ly/2REkzX9), Redtone (https://bit.ly/2SziaOa), Nadir (https://bit.ly/3bcOXPn), Vietin Bank Gold (https://bit.ly/3vVhEIJ) dan sebagainya. Usahasama yang terkini adalah dengan JD.com (https://bit.ly/3xY2XWS).

✅ Perkembangan pembangunan sistem jual beli emas yang bermula tempahan menggunakan short message service (SMS) dan penghantaran emas dari hotel ke hotel kepada sistem pintar yang masih dalam proses tambah baik sehingga Jun 2021 nanti. Seingat saya, sistem jual beli yang kita sedang pakai sekarang adalah sistem yang ke-4 dan insyaallah sistem ke-5 akan mula diperkenalkan tidak lama lagi dengan pelbagai tambahan features-features baru untuk kepentingan dan kegunaan dealer dan pelanggan berdaftar Public Gold.

✅ Perkembangan dealer dan pelanggan berdaftar daripada 1000 orang yang pertama kepada hampir 600 ribu orang delaer dan pelanggan berdaftar hari ini. Insyaallah jumlah ini akan terus berkembang kepada 1 juta menjelang akhir tahun 2021 akan datang.

✅ Perkembangan dalam reka bentuk dan pengeluaran jongkong emas, jongkong perak, syiling emas dinar, syiling perak dirham, barang-barang kemas, baru pertama, hadiah-hadiah emas dan perak dan sebagainya.

✅ Perkembangan dalam stuktur spread, struktur insentif bulan, hadiah bulanan dan tahunan dealer, platform promosi emas dan perak, platform seminar harian/bulanan, forum Master Dealer dan sebagainya.

✅ Perkembangan dalam pengeluaran emas tulen dalam negara kepada pengeluaran emas luar negara yang bertaraf London Bullion Market Association (LBMA) semasa pelaksanaan GST beberapa tahun yang lepas. Semua belian emas dan perak Public Gold ketika itu dikecualikan daripada GST.

✅ Pembukaan Muzium Emas Public Gold pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang bertempat di Lebih Bishop Pulau Pinang.

✅ Menjadi syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records pada tahun 2009 dan syarikat pengeluar perak pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records pada tahun 2010 yang lalu.

✅ Antara penyumbang dana terbesar bagi pertubuhan anak-anak yatim Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) yang diasakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

✅ Perkembangan daripada sistem jual beli emas dan perak secara konvensional kepada sistem jual beli emas dan perak Patuh Syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd, yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar pada tahun 2017.

✅ dan perkembangan-perkembangan lain yang boleh dibaca di link berikut https://bit.ly/3badqVJ.

Banyak peristiwa dan kisah hitam yang saya lalui, nampak, rasa dan hadapi sepanjang 13 tahun bersama Public Gold, antaranya;

✅ kemunculan pelbagai syarikat skim cepat kaya dan berakhir dengan kisah duka dan tersontot yang terbesar di Malaysia selepas Skim Cepat Kaya Pak Man Telo satu ketika dahulu.

✅ kemunculan syarikat emas dan perak baharu yang menyebabkan penghijrahan ramai dealer dan pelanggan daripada Public Gold ke syarikat-syarikat tersebut. Tetapi situasi ini tidak lama, dealer dan pelanggan tersebut telah insaf dan berjaya kembali ke pangkuan Public Gold hingga ke hari ini 😬

✅ laporan palsu daripada dealer / pelanggan syarikat pesaing kepada Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Public Gold sehingga pernah disenaraikan dalam alert list syarikat-syarikat yang berisiko tinggi dan menjalankan urusniaga haram. Tetapi Public Gold telah berjaya bersemuka dengan Bank Negara Malaysia dan memberikan penjelasan sebenar berkaitan dengan urusniaga yang dijalankan dan akhirnya Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan nama Public Gold sebagai syarikat yang berisiko tinggi dan menjalankan urusniaga yang menyalahi undang-undang hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Kalau nak teruskan cerita-cerita lain pasal Public Gold ni, eemm.. sehari belum tentu habis. Ia sangat panjang dan boleh dibukukan dengan baik, teratur dan lengkap, Insyaallah.

Apakah elemen di Public Gold yang masih kekal dari dulu hingga sekarang? Boleh jawab? 😬

Antaranya adalah;

✅ Sistem harga beli dan harga jual balik yang beroperasi tanpa henti sejak 2008 yang lalu. Harga emas dan perak Public Gold dikemaskini secara otomatik setiap 20 minit sekali dan sebanyak 72 kali dalam sehari. Manakala harga bagi akaun simpanan emas dan perak pula dikemaskini sekali sehari pada jam 12.00 tengah malam.

✅ Mentor-mentor atau sifu-sifu lama yang juga lebih dikenali sebagai dealer-dealer zaman dinasor tetap aktif dan setiap bersama Public Gold.

✅ Kemudahan jual balik atau lebih dikenali sebagai “BuyBack” di kalangan pelanggan Public Gold tanpa mengira masa dan jumlah jualan balik tetap berjalan dengan lancar dari dulu hingga sekarang. Kemudahan ini lah yang membezakan Public Gold dengan syarikat emas/perak yang lain.

Banyak lagi sebenarnya. Saya rasa cukup dengan maklumat ini je dulu dan Insyaallah saya akan tambah di masa-masa yang akan datang.

Sebelum berundur, saya ingin memperkenalkan SATI MODE BAHARU dalam Public Gold yang saya lihat dari dulu hingga sekarang, ia merupakan faktor utama kejayaan dealer dan pelanggan di Public Gold hingga ke hari ini. Mode yang dimaksudkan adalah KAYUH BASIKAL.

Kenapa KAYUH BASIKAL?

✅ untuk bergerak ke depan, kita kena mengayuh “basikal” hatta sangat perlahan. Begitu juga dengan simpanan emas.

✅ tanpa kayuhan, simpanan emas kita tidak akan bertambah dan terus jadi statik.

✅ matlamat bebas kewangan menjadi carca merna, tersekat-sekat dan mungkin berjaya separuh jalan sahaja.

✅ jika penat, rehatlah seketika, minum air, makan kueh muih dan selepas itu, teruskan kayuhan hingga sampai destinasi.

✅ kadang-kadang kayuhan kita jadi laju dan adakalanya jadi perlahan disebabkan energi dan pelbagai faktor yang datang. Tetapi kayuhan tetap berterusan.

✅ Imam Ghazali pernah berkata bahawa perkara yang paling jauh dari seseorang manusia  adalah masa yang telah lalu. Tidak kira sekuat mana kita mahu kembali ke masa yang lalu, semakin sia-sia usaha kita itu. Apa yang penting adalah berhenti hidup kerana masa silam dan mula hidup untuk hari ini dan yang bakal mendatang.

✅ Para bijak pandai juga telah menggunakan teknik kayuhan basikal ini untuk mendapat pelbagai ilham baru.

✅ “Teori Relativiti yang diperkenalkan datang semasa saya sedang mengayuh basikal” – Albert Einstein

✅ “Ketika diri kurang bersemangat, ketika hari kelihatan suram, ketika kerja membosankan, ketika harapan umpama sesuatu yang sia-sia, cubalah menunggang basikal dan berkayuhlah di jalan tanpa memikirkan apa-apa kecuali kayuhan yang sedang anda lakukan” – Arthur Conan Doyle, penulis British.

✅ Usaha kita juga begitu. Ia umpama mengayuh basikal, untuk menjaga keseimbangan dan mengelakkan daripada jatuh, teruskan kayuhan hatta perlahan dan Insyaallah kita pasti akan sampai ke destinasi yang diimpikan, Insyaallah.

Jom kayuh dan belilah emas dengan senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.