NOTA 177 : FOKUS, KONSISTEN DAN SETIA RESEPI KEJAYAAN BISNES PUBLIC GOLD

Di permulaan bisnes, saya hanya buat secara suka-suka sahaja iaitu sekadar memenuhi hobi dan menghilangkan kebosanan bekerja. Tetapi ia mula menjadi bisnes yang serius setelah pulangan pendapatan aktif dan pasif daripada bisnes ini diperolehi secara konsisten lebih RM50 ribu setiap bulan mulai 2010 lalu.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Tanggal 13 September 2021 iaitu hari Isnin lalu pada jam 9.00 malam hingga 10.45 malam, saya telah diberi peluang oleh Public Gold Business School (PGBS) untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya selama 13 tahun bersama Public Gold.

Tonton video viral di sini;

https://www.youtube.com/watch?v=7GkoaQsct4g

Video ini telah menjadi viral dan perhatian ramai Pemilik Bisnes Emas Public Gold (PGBO) yang lama mahupun yang baharu.

PGBO zaman dinasor tentu amat mengenali susuk wajah yang setia bersama Public Gold dari awal hingga ke hari ini. Manakala PGBO zaman Tiktok mungkin kurang mengenali malah langsung tidak mengenali siapa Wan Mohd Wazir. Tidak mengapa 😬

Jika diimbas balik 13 tahun yang lampau, saya telah bermula dengan Public Gold seawal tahun 2008 sebagai pembeli biasa. Waktu tu hanya fikir beli emas untuk buat simpanan dan jana keuntungan jangka pendek dan jangka panjang.

Di permulaan bisnes, saya hanya buat secara suka-suka sahaja iaitu sekadar memenuhi hobi dan menghilangkan kebosanan bekerja. Tetapi ia mula menjadi bisnes yang serius setelah pulangan pendapatan aktif dan pasif daripada bisnes ini diperolehi secara konsisten lebih RM50 ribu setiap bulan mulai 2010 lalu.

Berikut adalah ringkasan perjalanan emas saya;

βœ… 1. Akhir 2008 : Pelanggan biasa

βœ… 2. Akhir 2009 : Normal Dealer

βœ… 3. Awal 2010 : Master Dealer

βœ… 4. 2012 : Star Master Dealer

βœ… 5. 2015 : Double Star Master Dealer

βœ… 6. 2016 : Triple Star Master Dealer (10 ribu empayar)

βœ… 7. 2016 : Berehat seketika kerana fokus kepada kerja hakiki

βœ… 8. 2018 : Founder Master Dealer dan Jade Pin Leader

βœ… 9. 2020 : Jade Founder Master Dealer (18 ribu empayar)

βœ… 10. April 2020 : Saya kembali aktif bersama Public Gold

βœ… 11. September 2021 : Bakal mencapai Ruby 4 Star Founder Master Dealer (menghampiri 50 ribu empayar)

Jika sahabat-sahabat pernah bertandang ke Pejabat Utama (HQ) Public Gold di Pulau Pinang, tentu sahabat-sahabat pernah ternampak kelibat gambar 4 orang Mentor Emas Public Gold yang terpampang bersama Founder Dato’ Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim di Wall of Fame Public Gold.

Daripada 4 orang Mentor Emas tersebut, 3 daripadanya menjalankan bisnes emas secara sepenuh masa (full time) iaitu Mahaguru Syukor Hashim, Mahaguru Mama Azizah Hassan dan Mahaguru Zulkifli Shafie. Manakala seorang lagi hanya menjalankan bisnes emas secara separuh masa (part time) iaitu saya sendiri. Alhamdulillah.

Apakah resepi kejayaan yang telah saya kecapi selama 13 tahun bersama Public Gold?

βœ… 1. FOKUS kepada belian, simpanan, jualan, pelaburan dan mengajar pemilik bisnes emas yang baharu.

βœ… 2. KONSISTEN menjalankan bisnes sepanjang masa dengan menangkis pelbagai halangan, cabaran, masalah, susah payah, pahit getir dan sebagainya.

βœ… 3. SETIA hanya kepada satu syarikat sahaja iaitu Public Gold walaupun ada lebih 50 syarikat baharu yang tumbuh dan menawarkan pelbagai jenis ganjaran kekal atau sementara yang kadang kala sampai tak masuk akal.

Akhirnya, hanya orang yang FOKUS, KONSISTEN dan SETIA sahaja akan terus mara ke hadapan, berjaya dalam jangka masa panjang dan terus kekal bertahan dalam bisnes.

Tengoklah syarikat Public Gold, daripada sebuah syarikat emas yang biasa-biasa satu ketika dahulu telah berubah wajah menjadi sebuah syarikat emas gergasi Malaysia dengan jualan kasarnya melebihi 1 Bilion Ringgit mulai tahun 2020 yang lalu.

Masyaallah Tabarokallah.

Beli emas dengan penuh senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.