NOTA 178 : KOMITMEN PUBLIC GOLD MAKIN LUAR BIASA SEPANJANG 13 TAHUN BEROPERASI

Antara tindakan yang wajib kita ambil adalah FOKUS, KONSISTEN dan SETIA bersama Public Gold
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung Public Gold Business Conference 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Zoom dan Facebook Live. Ia dihadiri lebih daripada 1300 orang Public Gold Business Owner (PGBO) seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Antara pencapaian / perkembangan bisnes Public Gold terkini yang telah dikongsikan tadi adalah;

✅ 1. Jumlah Public Gold Business Owner (PBGO) telah meningkat seramai 600 ribu orang mulai Ogos 2021.

✅ 2. Kemudahan Live Chat untuk bantuan / sokongan teknikal daripada Team Helpdesk.

✅ 3. Kemudahan Gold in Transit (GIT) atau pun pos berinsurans bagi penghantaran emas dan perak terus ke pintu rumah pembeli. Semua urusan pengeposan akan diselesaikan dalam masa 3 hari bekerja.

✅ 4. Aplikasi Mobile yang baharu untuk pengguna IOS dan Android. Antara kandungan yang terdapat di dalam app tersebut adalah seperti Akaun Emas GAP, ArRahnu KDE dan sistem auto debit daripada perbankan online.

✅ 5. Pelbagai keluaran produk emas dan perak baharu sepanjang tahun 2021 menerusi PG Marketing, PG Mall, PG Jewel, PG Aurora Italian dan PG Gold Museum.

✅ 6. Public Gold telah melebarkan sayap ke 5 buah outlet baharu di Indonesia iaitu di Medan, Bandung, Yogyakarta, Surabaya dan Banjarmasin.

✅ 7. Anak syarikat PG iaitu PG Mall (www.pgmall.my) telah mencatat kejayaan 3 tahun berturut-turut menjadi platform e-Commerce nombor satu (1) di Malaysia dan yang ketiga (3) di dunia selepas Shopee dan Lazada. Ia telah diakui oleh iPrice sebuah badan bebas yang mengaudit platform e-Commerce dunia.

Kesimpulannya;

✅ 1. Komitmen dan perkhidmatan Public Gold meningkat 300% sejak mula beroperasi.

✅ 2. Public Gold telah menjalankan bisnes yang betul sejak dari penubuhan hingga sekarang.

✅ 3. Rakan strategik perniagaan Public Gold makin bertambah dan mendapat kepercayaan ramai.

✅ 4. Public Gold sentiasa cakna dan mendengar maklumbalas yang baik daripada PGBO.

✅ 5. Pengurusan Tertinggi Public Gold dan Mahaguru-Mahaguru Emas Malaysia sentiasa turun padang dan bersama-sama PGBO.

Syukur atas segala-galanya.

Akhirnya, antara tindakan yang wajib kita ambil adalah FOKUS, KONSISTEN dan SETIA bersama Public Gold. Saya juga ingin memanjatkan doa kejayaan buat semua PGBO terutamanya team RTE Champion untuk kekal berjaya bersama bersama Public Gold, Insyaallah, Aameen.

Saya bangga menjadi PGBO selama 13 tahun.

Kongsikan!

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.