NOTA 179 : EMAS JADI SANDARAN SIMPANAN DANA PENCEN

Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala” ~ Hadith Riwayat Al-Bukhari
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Pagi ni saya nak kongsi 1 cerita berkaitan dengan Dana Pencen. Cerita ni dah berlaku sejak awal tahun 2021 lagi. Ia memberi kesan yang mendalam kepada saya.

Saya mula mengenali seorang penyimpan emas ni pertengahan tahun 2020 yang lalu. Waktu tu rasanya dia pun pertama kali mengenali saya setelah membuat survey untuk Dana Pencen.

Nak dijadikan cerita, mulalah perkenalan antara kami dan penyimpan ini mula membeli emas 1 gram 1 bulan mulai pertengahan tahun lalu. Pantang ada promosi dan keluaran emas terbaru, dia pasti menjadi salah seorang pembeli.

Sehinggalah awal tahun baru-baru ini, beliau telah memberitahu saya dan membuat keputusan untuk menukar kaedah simpanan emas 1 gram (RM260+-) untuk 1 bulan kepada 10 gram (RM2600+-) untuk 1 bulan. Apabila ditanya kenapa, beliau memberitahu yang beliau akan pencen / bersara awal tahun hadapan, 2022.

Masyaallah.

Jadi bermula pada bulan Januari 2021 lalu, beliau telah menukar kaedah simpanan emas kepada 10 gram dan konsisten membuat simpanan hingga ke sekarang, bulan September 2021.

Kalau saya membuat congakkan, sahabat saya ni dah berjaya menyimpan emas untuk dana persaraan / pencen melebihi 100g ataupun RM26 ribu +- dalam setahun.

Masyaallah, nampak sesuatu tak? 😬

Simpan duit RM26 ribu dalam akaun bank pun belum tentu ia kekal RM26 ribu hingga ke hari ini. Ada je akal untuk menghabiskannya 😬🤭. Biasa lah, keseronokkan yang ada pada simpanan duit adalah berbelanja..

Alhamdulillah.

Begitulah sahabat-sahabat. Tiada istilah terlambat untuk membuat apa-apa tindakan untuk masa depan kita.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala” ~ Hadith Riwayat Al-Bukhari

Do the best, Allah will do the rest, Insyaallah 😍

FOKUS – KONSISTEN – SETIA

Wan Mohd Wazir

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.