Alhamdulillah. Bila sebut pasal emas, semua orang tetiba teringat zakat. Inilah antara kebaikan emas yang terbaik setakat ni. Tetapi ada juga yang takut nak bayar zakat. Tak tahu apa yang mereka duk fikir. Mungkin mereka rasa duit akan habis kot. Setakat ni, hampir RM15K setahun saya keluarkan zakat untuk semua termasuk emas. So jangan takut dengan zakat.
Kalau simpan duit beratus ribu pun, belum tentu orang akan ingat zakat. Sedangkan simpanan emas dan simpan duit tetap wajib keluarkan zakat bila cukup kadarnya. Jumlahnya sama.
Main emas ni berantu. Tak pernah cukup. Pantang ada duit, beli dan simpan. Item-item rare pun banyak. Banyak kali juga jual item rare 1 gram dengan harga RM550 sekeping.
Sedar tak sedar, kat sini rupanya duit dihabiskan. Asyik beli ‘kad’ je. Bila kumpul-kumpul balik, dapatlah 4 tingkat ‘kondo’ seperti dalam gambar sepanjang PKP April 2020 hingga September 2020.
Alhamdulillah, rezeki.