NOTA 138 : SIMPAN EMAS 3KG DENGAN DUIT GAJI

satu kisah benar mengenai seorang pembeli dan penyimpan emas menggunakan duit gaji bulanan
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Jumpa lagi kita malam ini. Kisah pendek je, Insyaallah.

Ok, malam ni saya nak cerita satu kisah benar mengenai seorang pembeli dan penyimpan emas menggunakan duit gaji bulanan. Saya mula kenal hamba Allah ni pada tahun 2014 di sebuah masjid di Kuala Terengganu.

Saya tak pasti macam mana beliau dapat no hp saya dan beliau telah hubungi serta bagitahu nak jumpa dan berhajat nak beli emas. So tanpa fikir panjang, saya pun segera setkan tempat untuk jumpa beliau dekat masjid. So bertitik tolak dari hari itu, maka bermulalah episod yang menyeronokkan bagi beliau.

Macam mana beliau beli emas? 5 langkah mudah;

✅ 1. Setiap kali dapat gaji, beliau dah agihkan sekitar 1/5 gaji untuk beli dan simpan emas

✅ 2. Beliau beli emas secara konsisten setiap bulan tanpa putus

✅ 3. Pantang dapat duit tambahan, beliau terus beli dan simpan emas

✅ 4. Pantang dapat duit OT, beliau terus beli dan simpan emas

✅ 5. Setiap kali berakhirnya gaji bulanan (sebelum masuk gaji baru), semua lebihan (100%) gaji bulan tersebut ditukarkan kepada emas

✅ 6. Masuk gaji bulan baru, beliau ulang balik langkah 1, 2, 3, 4 dan 5 setiap bulan

✅ 7. Amalan beliau kekal konsisten dari dahulu hinggalah sekarang

Kalau tak silap saya, beliau mula jadi dealer tahun 2019 selepas saya bagitahu dalam group wasap yang jadi dealer lagi untung besar daripada hanya jadi pelanggan biasa, beliau terus rebut peluang keemasan itu hatta jadi dealer hanya beli untuk diri sendiri.

Nampak?

Apa keistimewaan beliau?

✅ 1. Beliau mempunyai visi yang sangat jelas iaitu menyimpan dan mengumpul kekayaan dengan emas

✅ 2. Beliau buat secara konsisten tanpa mempedulikan halangan-halangan lain

✅ 3. Beliau sangat patuh serta taat kepada guru yang mendidik beliau

✅ 4. Beliau sentiasa mengiakan nasihat guru tanpa bantah dan fikir negatif

✅ 5. Beliau beli emas dengan senyuman 😬

Hasilnya, dalam 7 tahun, beliau telah berjaya mengumpul +-3kg emas walaupun hanya bekerja sebagai seorang Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi di sebuah pejabat kerajaan.

Wallahu’alam

Beli emas dengan senyuman 😬

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.