NOTA 173 : BERBALOI KE BUAT TABUNGAN EMAS UNTUK ANAK-ANAK?

Antara langkah terbaik dalam membantu anak-anak mempunyai dana/tabung pendidikan adalah menerusi simpanan emas. Biar sikit asal konsisten.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Saya nak kongsikan pengalaman manis ketika memulakan tabungan emas untuk anak-anak. Saya mempunyai 3 orang anak lelaki yang bernama Izzi Irsyad (15 tahun), Adhami (13 tahun) dan Uwais AlQarni (4 tahun) ketika ini.

Bermula tahun 2015, saya telah mula membuat tabungan emas untuk Izzi Irsyad dan Adhami. Manakala Uwais AlQarni baru bermula pada tahun 2018 lalu.

Rujuk catatan lama saya di sini

Malam ini saya hanya nak kongsikan cerita tabungan emas untuk 2 orang anak saya iaitu Izzi Irsyad dan Adhami.

Kalau saya mulakan tabungan emas pada tahun 2015 lalu, rasa-rasanya berapa jumlah yang dah berjaya disimpan sehingga umur anak-anak 18 tahun?

Mari kita sama-sama kira;

Izzi Irsyad

✅ Mula start simpan umur 9 tahun.

✅ Jumlah simpanan adalah 5 gram sebulan.

✅ Setahun berjaya simpan 60 gram.

✅ Sekarang umur 15 tahun ada 420 gram.

✅ Bila umur 18 tahun dah simpan 600 gram.

✅ Jangkaan harga emas 2024 = RM350/g.

✅ Jumlah bakal terkumpul = RM210,000.00

Adhami

✅ Mula start simpan umur 7 tahun.

✅ Jumlah simpanan adalah 5 gram sebulan.

✅ Setahun berjaya simpan 60 gram.

✅ Sekarang umur 13 tahun ada 420 gram.

✅ Bila umur 18 tahun dah simpan 720 gram.

✅ Jangkaan harga emas 2024 = RM350/g.

✅ Jumlah bakal terkumpul = RM252,000.00

Macam mana?

Seronok tak tengok?

Lepas tak untuk bayar kos tanggungan belajar anak-anak di universiti nanti? Atau kos tersebut boleh sambung tanggung hingga ke alam pekerjaan nanti?

Dah berlebihan?

Jadi, bertindaklah sekarang. Kita tak akan menyesal sampai bila-bila. Saya dah mulakan.

Beli dengan dengan penuh senyuman 😬

Wan Mohd Wazir

www.notaemas.com

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.