NOTA 143 : JAMINAN BELI BALIK TENTUKAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS JANGKA PENDEK DAN PANJANG

Di Public Gold, jumlah jualan balik emas yang terbesar yang pernah saya dan pasukan saya lalui setakat ini adalah sebanyak RM6 juta sekali gus
kongsi artikel ini

Alhamdulillah, jumpa lagi kita pagi ni. Insyaallah, sepertimana yang telah saya janjikan petang semalam, pagi ini saya akan kupas satu tajuk penting dalam pelaburan emas iaitu JAMINAN BELI BALIK EMAS / JAMINAN BELI SEMULA EMAS.
Sejak 2 minggu lalu ramai yang PM saya bertanyakan beberapa soalan penting untuk masing-masing membuat pilihan dengan tepat sebelum memulakan simpanan dan pelaburan emas.

Antara soalan yang ditanya adalah;
✅ 1. Wazir, harga jualan emas oleh kompeni-kompeni lain murah lah
✅ 2. Wazir, rekabentuk emas oleh kompeni-kompeni lain cantiklah
✅ 3. Wazir, kalau nak jadi dealer kompeni-kompeni lain mudahlah
✅ 4. Wazir, kompeni-kompeni lain tu sama tak macam Public Gold?
✅ 5. Wazir, Wazir, Wazir dan Wazir…

Betul tu sahabat-sahabat.

Sememangnya kalau kita nak membeli emas, nak buat pelaburan emas, kita akan cari yang terbaik. Ia lumrah. Malah saya pun begitu.
Mengikut pengalaman saya selama 13 tahun dalam urusniaga emas, kriteria seperti harga murah, rekabentuk cantik, nak jadi dealer murah / senang, kompeni ala-ala sama dan sebagainya masih belum mencukupi untuk menjadi justifikasi / indikator pilihan bahawa belian / pelaburan emas tersebut baik dan berbaloi.
Bagi sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama saya selama 13 tahun yang lalu, mereka akan berfikir panjang dan mengikut ke semua panduan yang telah saya gariskan dalam artikel saya yang terdahulu : https://bit.ly/2ZdLN7w.

Ada 2 faktor lain yang terpenting selepas melihat kriteria harga belian emas adalah;
✅ 1. Harga jualan balik yang tinggi dan
✅ 2. Jaminan beli balik/semula emas

Pagi ini saya akan sentuh kriteria nombor dua iaitu jaminan beli balik/semula emas atau juga dikenali dengan sebutan BUY BACK.
Antara faktor utama kegagalan kompeni-kompeni emas lama atau baharu bertahan adalah disebabkan ketidakupayaan mereka untuk memenuhi kriteria jaminan beli balik/semula emas dalam skala yang besar.

Contohnya, apabila harga emas telah melambung tinggi, kita akan dapat menguji keupayaan kompeni-kompeni tersebut melalui jualan balik emas.
Saya pasti, ramai di kalangan pembeli dan penyimpan emas menyimpan hasrat untuk mengaut keuntungan hasil daripada pelaburan yang telah dibuat. Betul kan?

Di Public Gold, jumlah jualan balik emas yang terbesar yang pernah saya dan pasukan saya lalui setakat ini adalah sebanyak RM6 juta sekali gus. Jumlah-jumlah lain seperti RM3 juta, RM1 juta, RM100 ribu dan puluhan ribu lain adalah di antara jumlah-jumlah jualan balik emas yang sangat biasa dilakukan sekitar tahun 2010 hingga sekarang.

Hanya kompeni yang kukuh kewangannya sahaja yang mampu membayar dan membeli semula emas-emas yang telah dijual sebelum ini.

Jadi macam mana nak buat jualan balik emas yang telah dibeli?
✅ 1. Lock harga jualan balik dalam sistem
✅ 2. Hantar semua emas fizikal ke outlet PG
✅ 3. Lengkapkan butiran diri dan akaun bank
✅ 4. Lakukan urusniaga jualan balik emas
✅ 5. Semak duit jualan emas dalam akaun bank

Oleh itu, sebelum membeli emas, pastikan syarikat tersebut betul-betul mampu untuk membeli semula emas-emas yang telah dijualnya.
Bukan setakat janji-janji sahaja.

Memang kita akan cakap, mudah je nak jual balik emas ni selain daripada kompeni yang kita beli dulu, tetapi hakikatnya, ia tak semudah yang kita sangka dan saya pasti harga jualan balik emas akan jauh lebih rendah daripada yang kita sangkakan.

Berikut adalah sebahagian daripada rekod-rekod jualan balik emas yang sempat saya kumpul dan cari balik sebelum ini sepanjang 13 tahun saya bersama bersama Public Gold;
Nota 32
Nota 47
Nota 49

Jadi? Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
Belilah emas dengan senyuman 😬

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.