Alhamdulillah. Rasa nak post jugak cerita emas malam ni. Sebab apa? Sebab rasa sangat teruja dengan aura positif yang meresap melalui emas dan yang sewaktu dengannya.
Baru masuk 3 hari di bulan Disember 2020. Jumlah belian emas menghampiri RM300 ribu. Purata belian emas sehari adalah sekitar RM100 ribu. Tak mustahil bulan ni akan mencecah RM3 juta. Insya-Allah, sebelum berakhir jam 11.59 malam ni, belian emas akan mencecah RM300 ribu ++. Aameen.
Apa rasionalnya belian emas yang banyak ketika ini?
1. Sudah tentu harga emas berada di paras termurah berbanding RM304/g 3 bulan yang lalu.
2. Beli dan simpan emas, rezeki makin melimpah ruah. Kenapa? Sebab emas adalah magnet rezeki. Cuba lah.
3. Orang yang boros, selalu tak cukup duit, tak sempat nak menabung dan tak pernah ada simpanan duit selama ini akan bertukar menjadi orang yang sangat banyak simpanan emasnya di masa akan datang. Otomatik menjadi orang yang lebih berjaya dari sebelum ini. Insya-Allah.
So, buatlah satu perubahan. Saya percaya hasilnya pasti berbeza. Pecahkan tembok & mulakan langkah pertama.