NOTA 40 : LANGKAH PERTAMA YANG GEMILANG

Kehadiran saya waktu tu rupa-rupanya membawa tuah besar untuk diri sendiri apabila diumumkan salah seorang pemenang cabutan bertuah 1 dinar
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Berbanyak-banyak syukur di atas kurniaan Allah Taala.

Kali pertama saya hadir majlis rasmi Public Gold adalah pada tahun 2010 lalu. Tarikh tak ingat dah. Tapi waktu, saya dijemput oleh PG untuk turut serta dalam pelancaran produk terbaru PG berbentuk barang kemas.

Kehadiran saya waktu tu rupa-rupanya membawa tuah besar untuk diri sendiri apabila diumumkan salah seorang pemenang cabutan bertuah 1 dinar. Waktu tu semua orang tertanya-tanya “sapa mamat ni? Tak pernah kenal pun, tetiba je muncul…” bla bla bla bla. Yelah, tgklah org di sebelah kanan saya tu, 2 orang pemenang lain yang telah menjadi public figure dan ikon tersohor Public Gold waktu tu.

Bertitik tolak dari majlis inilah, saya telah berjaya mengorak langkah demi langkah hingga ke sekarang. Alhamdulillah, daripada 2 orang menjadi ikon utama PG, maka lahirlah sorang lagi pendatang baru yang menghiasi Wall of Fame Public Gold. Sesiapa yang bertandang ke PG HQ mesti akan nampak muka mamat ni 😬.

Saya ingin mengucap syukur di atas kejayaan dan nikmat yang telah dikecapi sepanjang 12 tahun bersama Public Gold. Tidak lupa juga saya nak merakamkan jutaan terima kasih kepada 15 ribu orang pasukan saya di seluruh Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dan sangat membanggakan. Walaupun bilangannya masih kecil, pasukan ini mampu menjadi pasukan yang tersohor di masa-masa yang akan datang, Insyaallah.

Dalam posting akan datang, saya akan perkenalkan ahli-ahli pasukan saya yang menjadi tonggak utama di atas semua kejayaan yang telah dikecapi, Insyaallah.

ANDA MEMANG HEBAT!

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.