Alhamdulillah. Rahmat Allah Taala sangat-sangat luas untuk hamba-Nya, Insyaallah.
Pagi ini saya akan berkongsi satu tajuk penting yang selalu menjadi pertanyaan ramai terutamanya penyimpan emas yang baru bermula iaitu bagaimana nak jadikan tabungan emas yang efektif, konsisten dan bermatlamat.
Saya senaraikan kaedah yang boleh diamalkan;
✅ 1. Tetapkan matlamat “aku buat simpanan emas ini untuk bantu kewangan peribadi aku dan nak baiki kebocoran simpanan wang yang semakin berleluasa tanpa aku sedar”.
✅ 2. Mulakan simpanan emas dengan seberapa maksimum yang mampu. Ketepikan keraguan. Simpanan yang paling rendah boleh bermula dengan 0.37 gram (RM100) ataupun 1 gram (RM272).
✅ 3. Langkah seterusnya, cuba simpan 100g emas yang pertama.
✅ 4. Apabila simpanan pertama berjaya dicapai, tambah simpanan seterusnya kepada 150g yang berikutnya.
✅ 5. Apabila simpanan emas yang kedua telah berjaya dicapai, kita telah berjaya membuat simpanan emas sebanyak 250g. 250g emas adalah pilihan emas yang sangat baik untuk jana keuntungan jangka pendek.
✅ 6. Seterusnya, bila dah capai 250g, jumlah simpanan emas seterusnya yang perlu dicapai adalah 500g, 1000g dan terus bertambah dari masa ke semasa dengan banyak.
✅ 7. Apabila simpanan emas sudah menjadi tabiat harian, mingguan, bulanan dan tahunan, kita tidak perlu bimbang lagi status kewangan peribadi kita, sebab kita sudah bina pelbagai dana yang boleh dimanfaatkan seperti;
▪️Dana Kecemasan
▪️Dana Hapus Hutang
▪️Dana Pendidikan
▪️Dana Persaraan
▪️Dana Perkahwinan
▪️Dana Perniagaan
▪️Dana Pembelian Aset
▪️Dana Pelaburan
▪️Dana Kebajikan
▪️dan sebagainya
Akhirnya apa yang mampu kita capai?
Kita berjaya mengamalkan gaya hidup ala KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM). Kita boleh pilih gaya hidup yang lebih baik, sihat dan bermutu. Alhamdulillah.