NOTA 187 – PUBLIC GOLD BINA KILANG PENULENAN DAN PENAPISAN EMAS PERTAMA DI MALAYSIA

kongsi artikel ini

Assalamualaikum Gais.
✅ Alhamdulillah. Saya antara orang yang bertuah apabila dijemput oleh Public Gold Malaysia untuk menghadiri Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Kilang Penulenan dan Penapisan Emas yang baharu milik Public Gold Malaysia.

✅ Tanggal 7 Mei 2024 yang lalu, Public Gold Malaysia sekali lagi telah mencipta sejarah baharu Malaysia dengan kejayaan membina Kilang Penulenan dan Penapisan Emas terbesar di Malaysia.

✅ Upacara Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Pengasas Public Gold Malaysia, YBhg. Dato’ Wira Louis Ng bersama jemputan-jemputan khas dari seluruh Malaysia.

✅ Kilang ini bakal dibina di atas tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang yang berkeluasan 0.44 hektar dengan kapasiti pengeluaran antara 10 tan (setahun) ke 20 tan (10 tahun) akan datang. Nilai pelaburan dan pembuatan emas dijangka mencecah di antara RM4 bilion hingga RM10 bilion menjelang tahun 2035.

✅ Kilang ini merupakan kilang yang pertama dan terbesar di Malaysia buat masa ini.

✅ Untuk rekod, Public Gold Malaysia ketika ini mempunyai pelanggan seramai 1.3 juta orang dan menjelang tahun 2030, Public Gold mensasarkan mempunyai pelanggan seramai 10 juta orang di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

✅ Public Gold Malaysia telah memulakan operasinya pada tahun 2008 dan sehingga tahun 2023, Public Gold Malaysia telah mencipta pelbagai rekod baharu sepertimana berikut :
▶️ RM15 bilion hasil jualan
▶️ RM250 juta bayaran insentif dealer
▶️ 65 tan jualan emas
▶️ 35 tan belian balik emas pelanggan
▶️ 20 mesin emas ATM seluruh Malaysia

✅ 3 rekod baharu telah dicipta dalam tempoh 1 bulan sahaja iaitu bulan April 2024 lalu yang mana rekod ini telah berjaya memecahkan rekod 16 tahun operasi Public Gold Malaysia sepertimana berikut :
▶️ Jualan emas tertinggi RM235 juta
▶️ Belian balik emas tertinggi RM70 juta
▶️ 50 ribu pendaftaran pelanggan baru

✅ Itulah antara rekod-rekod terbaik yang pernah ditempa oleh PG sepanjang 16 tahun penubuhannya.

✅ Berikut dilampirkan berita-berita penting sempena Majlis Pecah Tanah pembinaan Kilang Penulenan dan Penapisan Emas terbesar Malaysia baru-baru ini :
▶️ Sinar Harian : Public Gold labur RM30 juta bina pusat penapisan emas kendiri
▶️ BERNAMA : Public Gold Labur RM30 juta Bina Pusat Penapisan Emas Kendiri
▶️ Berita Harian : Public Gold bina pusat penapisan emas kendiri bertaraf dunia
▶️ The Sun : Public Gold to break ground for world class refinery centre in penang

Jom ikuti gambar kenang-kenangan saya bersempena dengan hari istimewa ini di sini

Sekian, terima kasih.

Salam Kasih Sayang,
Wan Mohd Wazir (PG000436)
Jade 4 Star FMD Public Gold

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.