NOTA 126 : MENTOR PILIHAN PUBLIC GOLD (2)

Dari kontraktor telekomunikasi yang sangat berjaya bertukar menjadi penyimpan, peniaga, pelabur dan mentor emas Public Gold sepenuh masa.
kongsi artikel ini

Alhamdulillah. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada sahabat saya, Sadiqin Sulong (PG00058290) di atas kejayaan yang sangat membanggakan di dalam Public Gold.

Dari kontraktor telekomunikasi yang sangat berjaya bertukar menjadi penyimpan, peniaga, pelabur dan mentor emas Public Gold sepenuh masa.

Sepanjang bersama Public Gold, beliau telah berjaya membeli, menyimpan dan melabur dalam emas secara konsisten bermula tahun 2015 hinggalah sekarang. Beliau boleh dikategorikan sebagai seorang penyimpan emas yang telah mencapai taraf ‘Financial Freedom’ di usia yang sangat muda, 35 tahun.

Perkenalan beliau dengan Public Gold sangat unik iaitu melalui abang beliau, Salman Sulong yang telah menghadiahkan 1 gram emas kepada anak beliau sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 lalu. Bermula dari situ, beliau sangat teruja dengan emas dan mula berjinak-jinak dengan emas hinggalah sekarang.

Sebelum menyertai Public Gold, beliau menjual pelbagai jenis koleksi dan jenama emas secara COD bersama-sama sahabat yang lain. Sehinggalah tahun 2015, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Public Gold kerana terpengaruh dengan kelebihan dan keistimewaan yang telah ditawarkan.

Mari kita berkenalan dengan Sadiqin Sulong dengan lebih dekat;

✅ 1. Lahir di Kuala Terengganu, Terengganu

✅ 2. Menetap di Johor Bahru, Johor

✅ 3. Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

✅ 4. 2010 – Kontraktor Telekomunikasi

✅ 5. 2015 – Pertama kali menjadi pelanggan berdaftar Public Gold

✅ 6. 2016 – Mula menjadi Normal Dealer (ND) dan dinaikkan pangkat kepada Prority Dealer (PD) Public Gold

✅ 7. 2017 – Dinaikkan pangkat lagi ke Master Dealer (MD) Public Gold dan beliau adalah Master Dealer ke-23 dalam Rangkaian Tokey Emas (RTE)

✅ 8. 2017 – Dalam tahun yang sama, beliau dinaikkan sekali lagi ke pangkat Founder Master Dealer (FMD)

✅ 9. 2017 – Belum sempat melangkah ke tahun 2019, beliau sekali lagi dianugerahkan dengan anugerah 1 Star Founder Master Dealer Public Gold dan Founder Master Dealer yang ke-3 di bawah Rangkaian Tokey Emas (RTE)

✅ 10. 2021 – Beliau sekali lagi dianugerahkan dengan anugerah seterusnya iaitu 2 star Founder Master Dealer Public Gold

✅ 11. Beliau merupakan Founder #TeamKing

✅ 12. Saiz empayar beliau sekarang adalah seramai 6500 orang

✅ 13. Berjaya menjana pendapatan bulanan melalui Public Gold dan PG Mall sebanyak RM30 ribu sebulan

✅ 14. Berjaya menerima pelbagai anugerah tertinggi Public Gold seperti Top Dealer Public Gold Johor Bharu, SIP New Zealand dan SIP Rusia di samping SIP Mini Indonesia dan SIP Mini Vietnam

Kesimpulannya, kejayaan di dalam perniagaan emas Public Gold adalah ditentukan melalui pilihan masing-masing.

Syabas diucapkan sekali lagi kepada Sadiqin Sulong dan #TeamKing di atas kejayaan yang membanggakan.

Kita memiliki dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.

Kita menjadikan dunia ini lebih baik dengan kita sendiri menjadi lebih baik.

Kita boleh memilih untuk mengubah keadaan hidup kita sekarang atau membiarkan keadaan hidup kita mengubah kita.

Begitulah.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng di atas peluang keemasan ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan buat Mahaguru Syukor Hashim dan Jonaina Nordin di atas tunjuk ajar mereka sepanjang berada di Public Gold dari dulu hingga sekarang. Mereka mentor terhebat di Public Gold.

Alhamdulillah.

Siapa kat sini bernaung di bawah #TeamKing? Mohon semua ahli #TeamKing kongsikan post ni

Like facebook @rtechampion
Penafian: Artikel yang diterbitkan berdasarkan kepada pengalaman penulis. Tidak dibenarkan untuk ‘copy and paste’ sebarang artikel yang diterbitkan dan dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya masih berhasrat untuk komersilkannya, hubungi penulis di support.notaemas.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.