Alhamdulillah. Cukup seminggu tarikh pengumuman penyimpan emas ke-22 ribu baru-baru ini. Nampaknya dalam sehari dua ini akan ada pengumuman penyimpan emas yang ke-23 ribu pulak. Tahniah.
Ini merupakan petanda yang sangat baik terhadap kesedaran dan kecaknaan masa depan masing-masing. Penyimpanan emas adalah salah satu kaedah merancang masa hadapan bagi memenuhi pelbagai matlamat melalui pelaksanaan perancangan kewangan yang efektif.
Apa matlamat yang kita ingin capai?
Mungkin saya boleh bantu senaraikan sepertimana berikut;
✅ 1. Pengurusan kewangan lebih produktif
✅ 2. Pengurusan kredit yang praktikal
✅ 3. Pengurusan perbelanjaan yang berhemah
✅ 4. Pengurusan pelaburan yang baik
✅ 5. Pengurusan diri dan keluarga yang menyeluruh
Bahkan kita juga telah berjaya menyediakan pelbagai jenis tabungan secara tidak langsung seperti;
✅ 1. Tabung keluarga
✅ 2. Tabung kecemasan
✅ 3. Tabung persaraan
✅ 4. Tabung pelaburan
✅ 5. Tabung kebajikan
✅ 6. Tabung haji / umrah
✅ 7. Tabung pendidikan
✅ 8. Tabung perkahwinan
✅ 9. Tabung pembelian aset
✅ 10. Tabung perniagaan dan sebagainya.
Begitulah.
Wan Mohd Wazir
Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.